This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday 26 March 2017

Kamus Al Maany



Bagi mereka yang mencari-cari Kamus Bahasa Arab Online yang serba lengkap dengan bilangan kamusnya yang muktabar, ini adalah jawapan paling sesuai untuk mereka. laman ini bukan sahaja menyediakan kamus dalam Bahasa Arab, malah dipaparkan bahasa-bahasa utama dunia termasuklah Bahasa Inggeris, Sepanyol, Portugal, Perancis dan lain-lain lagi termasuklah Bahasa Indonesia.

Salah satu lagi keistimewaan laman ini ialah menyediakan kamus-kamus dalam pelbagai bidang seperti Kamus Istilah Pertanian, Kamus Istilah Komputer, Kamus Istilah Kewangan/Perakaunan, Kamus Istilah Geografi, Kamus Istilah Perundangan, Kamus Istilah Matematik, Kamus Istilah Psikologi dan lain-lain lagi. Lebih menarik lagi kamus-kamus boleh dimuat turun secara percuma.

Selain itu, terjemahan dan tafsiran ayat-ayat suci Al Quran juga disediakan. Bentuk pencariannya juga adalah mudah bagi pengguna dan sangat cepat khsususnya bagi mereka yang memerlukan rujukan pantas.

Keistimewaan-keistimewaan lain yang disediakan dalam laman ini ialah Perkataan Seerti / Berlawanan, makna nama-nama manusia, fiqh Bahasa Arab, kata-kata hikmah yang cukup banyak dan berbagai-bagai lagi akses menarik disediakan kepada pengguna.

Sudah tentunya laman ini amat bermanfaat buat guru-guru bahasa mahu pun pelajar-pelajar. Segala dihujung jari anda dan kemudahan seperti ini seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Yang paling istimewanya kamus-kamus ini terdapat dalam apps yang boleh di install dalam smartphone masing-masing. Bukan itu sahaja, kamus-kamus boleh diakses tanpa memerlukan talian internet setelah di pasang dalam telefon.

Rasailah pengalaman baru ini dengan melayari http://www.almaany.com/


Monday 20 March 2017

Teknologi Pendidikan Masa Depan

Tidak mustahil apa yang anda saksikan sekarang bakal menjadi kenyataan suatu hari nanti. Umpama dulunya manusia menganggap adalah mustahil manusia boleh 'terbang' ke awan biru tapi hari ini segala-galanya sudah ada jawapan.


Sunday 12 February 2017

Buku Teks KSSR Pdf


Kepada rakan-rakan guru yang mempunyai anak-anak di sekolah rendah, laman ini memberi manfaat yang besar kepada anda. Penggunaan teknologi komputer memberi minat yang besar kepada anak-anak untuk belajar.

Buku-buku ini boleh dimuat turun secara percuma sahaja dan boleh disimpan di dalam komputer masing-masing. Layari https://onedrive.live.com/?authkey=!AOuJ_Fz1twXhGSw&id=13DB292CDD7CBE8B!26578&cid=13DB292CDD7CBE8B ..... selamat mendownload yee

EduWeb TV


Salah satu lagi laman web yang sungguh bermanfaat kepada guru-guru memainkan peranan pengajaran di dalam kelas dengan menggunakan teknologi visual. Ini memberi kesan yang besar kepada para pelajar berbanding hanya membaca nota-nota pembelajaran yg begitu banyak dan kadangkalanya membosankan.

Layari http://www.eduwebtv.com/eduwebtv/?page_id=5713 ..... selamat mencuba

Laman E-Al Qamus


Berita baik buat semua rakan. Kini anda boleh menggunakan perkhidmatan E-Al Qamus yg dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan ( BTP ) untuk membantu guru-guru mencari serta mendapatkan maklumat tentang kalimah Bahasa Arab hanya di hujung jari sahaja.

Rakan-rakan boleh mencubanya dan hanya layari http://alqamus.moe.edu.my/. Rasailah kehebatannya !!!

Saturday 14 January 2017

Tutorial penggunaan aplikasi ShareIT untuk komputer PC, Laptop dan Notebook

Monday 9 January 2017

10 CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Pembelajaran Abad 21 merupakan isu pendidikan paling trending di Malaysia untuk tahun 2015 hingga sekarang ini. Pelaksanaan berperingkat bermula daripada penyediaan bilik kelas, susun atur dan keperluan fizikal dalam bilik darjah abad 21, kemudian diteruskan dengan penyediaan rancangan mengajar dan pelaksanaan PdP Abad 21. Saya kongsikan 10 contoh aktiviti pembelajaran yang boleh dilaksanakan untuk pembelajaran abad 21. Semoga bermanfaat buat rakan guru ....